√ Apa Itu Keturunan Bercahaya? Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu - susatido

Tuesday, April 28, 2026

Apa Itu Keturunan Bercahaya? Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu


Banyak orang tanya pasal keturunan bercahaya (hybrid) atau half blood. Aku tahu benda ni cuma aku tengah cari cara yang paling mudah untuk aku explain benda apa keturunan bercahaya ni.

Dan orang yang dari keturunan ni selalu dapat ilmu yang pelik pelik. Banyak dapat dari mimpi atau secara tak sedar.

Ini adalah bebenang..


Bahagian 1


1- keturunan bercahaya ni asal usulnya dari keturunan sultan atau kerabat diraja yang mempunyai daulat. Ada beberapa perjanjian keturunan yang dibuat oleh raja raja terdahulu untuk kekal berkuasa dan berdaulat.

Seiring masa berlalu, berkemungkinan sesuatu kerajaan telah berjaya digulingkan dan raja serta kerabatnya lari bertebaran menyorok dekat tempat lain.


Bahagian 2


2- ada jugak yang menukar identiti depa supaya tidak dikenali. Dan ada jugak yang mai dari keturunan pawang diraja yang mengamal ilmu ilmu besar kedaulatan sebelum islam masuk ke tanah melayu.

Jadi bagi orang yang lahir dari jalur keturunan ni depa memang tak boleh lari dari mendapat “cahaya” tu. Mungkin ada rahsia yang disimpan oleh keturunan depa yang tidak diceritakan selama beberapa generasi.


Bahagian 3


3- tapi janji tetap janji. Kalau ada yang memungkiri janji ni binasa besar akan menghampiri.

Ada jugak orang yang memang menjaga susur galur keturunan ni supaya tidak berlaku gangguan kepada anak cucu cicit depa.

Ramai orang yang mai dari keturunan ni, sebab tu ada masa depa akan dapat ilmu ilmu pelik dari mimpi.


Bahagian 4


4- contoh ilmu pelik yang depa dapat, depa nampak bayang bayang kematian dari orang orang yang nak mati. Ada jugak yang tiba tiba pandai berubat perkara misteri. Dan ada jugak yang mewarisi ayat ayat untuk mengubat sihir dan sebagainya.

Tapi perkara ni boleh jadi disebabkan saka saka lama yang ikat perjanjian dengan tok nenek moyang yang terdahulu.

Ada cara nak detect sama ada ilmu yang dia dapat tu melalui saka atau disebabkan oleh keturunan.


Bahagian 5


5- method yang paling obvious untuk kesan ilmu ilmu yang depa dapat ni adakah melalui saka atau disebabkan oleh keturunan bercahaya ni boleh tengok dari cara dia dapat ilmu ni.

Biasanya orang yang dari keturunan bercahaya ni masih ada saudara dari alam “sana” yang menjaga kesucian ilmu ni.

Ilmu ilmu pelik yang depa dapat ni tak memakan pengamalnya macam ilmu yang didapati dari saka. Dan ilmu ni tak boleh dipelajari. Ianya dapat secara automatik. Dan tidak boleh diwariskan.


Bahagian 6


6- kalau saka boleh diwarisi dan ada amalan menurun atau pindah milik. Tapi ilmu dari keturunan yang bercahaya ni akan dapat pada orang orang yang terpilih saja bila dia dah cukup umur.

Contoh: kalau ayah ada ilmu pelik ni waris seterunya mesti turun kepada perempuan. Tidak boleh turun kepada lelaki. Dan mesti diterima melalui mimpi atau separa sedar.

Bukan mimpi seperti menerima bayi, menyusu bayi atau terima barang dari orang tak kenal.

Mimpi yang dia lalui mesti berakad untuk terima ilmu tu.


Bahagian 7


7- biasanya orang yang terima ilmu ni dia tak boleh tolak untuk tak terima sebab dia macam the choosen one di kalangan keluarga dia.

Banyak ilmu yang dia boleh terima contoh boleh usir sihir guna jari tanpa ruqyah. Ada tenaga yang keluar dari jari untuk buat air tawar. Dan orang yang dapat ni tak perlu berusaha untuk mengamal pun ilmu tu sebab dia dapat secara semula jadi.

Satu lagi. Ada jugak yang akan mewarisi ilmu ilmu pendekar sekiranya dia dari keturunan cahaya pendekar.


Bahagian 8


8- tapi biasanya orang orang macam ni dia tak menonjol untuk berubat orang sebab dia takut.

Taktau dia takut apa tapi bahaya orang macam ni firasat dia tajam. Susah nak kena tipu. Biasanya kalau dia sumpah akan jadi.

Kadang kadang kita sakit bukan sebab orang buat. Tapi orang yang tak sedar dia dari keturunan ni mengeluarkan sumpah. Sebab tu kita disarankan untuk tak buat jahat dengan orang.


Bahagian 9


9- selebihnya wallahualam. Jangan tanya dah sebab taktau nak habaq lagumana. 😂. Tammat


Sumber: Threads

Artikel ini adalah perkongsian dari media sosial dan dikongsikan semula untuk tujuan bacaan santai. Segala pandangan adalah milik penulis asal.

Get notifications from this blog