√ Suami Bawa 4 Isteri & 13 Anak-Anak Membeli Belah - susatido

Tuesday, April 19, 2022

Suami Bawa 4 Isteri & 13 Anak-Anak Membeli Belah

Suami Bawa 4 Isteri & 13 Anak-Anak Membeli Belah | Di TikTok, viral rakaman video memaparkan seorang lelaki keluar membeli-belah baju raya bersama empat orang isteri dan 13 orang anak-anaknya.

Suami Bawa 4 Isteri & 13 Anak-Anak Membeli Belah

Dalam rakaman video pendek itu, kelihatan mereka berjalan beramai-ramai dalam satu kumpulan. Menerusi kapsyen yang ditulis, pemilik video menggambarkan rombongan mereka sangat meriah, dah macam trip jalan-jalan bersama syarikat.

Dalam perkongsian video lain, si bapa berkata keluar bersama anak-anak yang sudah meningkat dewasa dirasakan seperti keluar bersama kawan-kawan je.

Di ruangan komen, rata-rata daripada netizen meninggalkan reaksi positif dan mengagumi ukhuwah yang terjalin di antara mereka.

Menurut mereka, si suami jelas sekali seorang yang bertanggungjawab dan bertuah memiliki isteri-isteri yang penyayang. Setakat ini perkongsian video telah mendapat lebih 800,000 tontonan di TikTok.


Berikut adalah beberapa video perkongsian di tiktok beliau..

@fazlin775

Assalammualaikum…

♬ suara asli - πŸ’ž.asri0946.πŸ’ž - πŸ’ž@RSF 0946.πŸ’ž
@fazlin775

Assalammualaikum….

♬ Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim

Kredit : tiktok ciknon775

Get notifications from this blog